Ahad, 29 Jun 2014

Rukyah anak bulan Ramadan di Bukit Ambok

Oleh:  Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim 

ANTARA yang hadir merukyah anak bulan Ramadan di Bukit  Ambok ialah  Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali
ANTARA yang hadir merukyah anak bulan Ramadan di Bukit Ambok ialah Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali (Foto: Hernie Suliana Haji Othman)

TUTONG, Jumaat, 27 Jun. - Umat Islam di negara ini akan mula menunaikan ibadah puasa pada hari Ahad, 29 Jun 2014 bersamaan 1 Ramadan 1435 Hijriah setelah merukyah anak bulan Ramadan yang dilakukan di beberapa lokasi di negara ini lewat petang tadi tidak sabit kelihatan.

Bagi Daerah Tutong, seperti lazimnya Bukit Ambok digunakan sebagai tempat merukyah awal anak bulan Ramadan.

Antara yang hadir di bukit tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit; Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali; Penolong Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Adanan bin Haji Adam; Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Awang Hassan bin Amat dan beberapa rombongan pegawai yang ditugaskan daripada Hakim-Hakim Syarie, pegawai-pegawai Mahkamah-Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri dengan beberapa pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti Kerajaan dengan kerjasama pegawai-pegawai Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan bagi tujuan berkenaan.

Pengumuman mengenai hasil merukyah anak bulan Ramadan disiarkan ke seluruh negara melalui Radio dan Televisyen Brunei.

Sementara itu, Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir dan majlis-majlis bertadarus akan dimulakan di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat di seluruh negara esok.

- Pelita Brunei Online. Sabtu, 28 Jun 2014M.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan