Ahad, 29 Jun 2014

Puasa Ramadan 1435 Hijriah bermula 29 Jun 2014

Oleh:  Abu Bakar Haji Abdul Rahman

SETIAUSAHA Tetap JPM, Dato Paduka Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid dan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohamad Yusof Antara yang berada di Menara Bangunan Ibu Pejabat  DST.
SETIAUSAHA Tetap JPM, Dato Paduka Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid dan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohamad Yusof Antara yang berada di Menara Bangunan Ibu Pejabat DST. (Foto: Haji Ariffin Mohd. Noor)

TUNGKU, Jumaat, 27 Jun. - Umat Islam di negara ini akan mula menunaikan ibadah puasa pada hari Ahad, 29 Jun 2014 Masihi  bersamaan 1 Ramadan 1435 Hijriah berikutan tidak sabit kelihatan hasil daripada merukyah anak bulan yang dilakukan di beberapa lokasi yang telah ditetapkan  di negara ini pada lewat petang tadi.

Di Daerah Brunei dan Muara, Menara Bangunan Ibu Pejabat  DST Lebuhraya Tungku merupakan  antara  tempat merukyah awal anak bulan Ramadan tersebut.

Berikutan anak bulan Ramadan tidak sabit kelihatan, maka bulan Syaaban digenapkan menjadi 30 hari dan sehubungan itu, Sembahyang Sunnat Terawih dan Majlis-majlis Bertadarus akan dimulakan di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat di seluruh negara bermula esok malam.


240614 ARIF3 MENARADSTANTARA yang berada di Bangunan DST ialah Setiausaha Tetap JPM, Dato Paduka Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.
(Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor)

Kerja-kerja merukyah anak bulan tersebut antaranya telah dilakukan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jabatan Mahkamah Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Mufti Kerajaan  dan Jabatan Ukur.

Antara yang berada di Menara Bangunan Ibu Pejabat  DST tersebut ialah Setiausaha Tetap JPM, Dato Paduka Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid dan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohamad Yusof.


240614 ARIF4 MENARADSTMENARA Bangunan Ibu Pejabat  DST Lebuhraya Tungku merupakan  antara  tempat merukyah awal anak bulan Ramadan. 
(Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor)

Pengumuman mengenai hasil merukyah anak bulan Ramadan turut disiarkan ke seluruh negara melalui Radio dan Televisyen Brunei.

- Pelita Brunei Online. Sabtu, 28 Jun 2014.
 

Rukyah anak bulan Ramadan di Bukit Ambok

Oleh:  Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim 

ANTARA yang hadir merukyah anak bulan Ramadan di Bukit  Ambok ialah  Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali
ANTARA yang hadir merukyah anak bulan Ramadan di Bukit Ambok ialah Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali (Foto: Hernie Suliana Haji Othman)

TUTONG, Jumaat, 27 Jun. - Umat Islam di negara ini akan mula menunaikan ibadah puasa pada hari Ahad, 29 Jun 2014 bersamaan 1 Ramadan 1435 Hijriah setelah merukyah anak bulan Ramadan yang dilakukan di beberapa lokasi di negara ini lewat petang tadi tidak sabit kelihatan.

Bagi Daerah Tutong, seperti lazimnya Bukit Ambok digunakan sebagai tempat merukyah awal anak bulan Ramadan.

Antara yang hadir di bukit tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit; Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali; Penolong Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Adanan bin Haji Adam; Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Awang Hassan bin Amat dan beberapa rombongan pegawai yang ditugaskan daripada Hakim-Hakim Syarie, pegawai-pegawai Mahkamah-Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri dengan beberapa pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti Kerajaan dengan kerjasama pegawai-pegawai Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan bagi tujuan berkenaan.

Pengumuman mengenai hasil merukyah anak bulan Ramadan disiarkan ke seluruh negara melalui Radio dan Televisyen Brunei.

Sementara itu, Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir dan majlis-majlis bertadarus akan dimulakan di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat di seluruh negara esok.

- Pelita Brunei Online. Sabtu, 28 Jun 2014M.

Nisfu Syaaban 12 Jun, rukyah Ramadan 27 Jun

(Siaran Akhbar)

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 5 Jun. - Mahkamah Syariah Negara Brunei Darussalam dengan ini mengumumkan kepada orang ramai terutama umat Islam di Negara Brunei Darussalam bahawa pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, maka Yang Berhormat Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam dengan ini memaklumkan bahawa ketetapan 1 haribulan Syaaban 1435 Hijriah adalah jatuh pada hari Jumaat, 30 Mei 2014 Masihi.

Maka berikut dengan itu, Nisfu Syaaban bagi Tahun 1435H jatuh pada petang hari Khamis, malam Jumaat, 12 Jun 2014 Masihi.

Berikut dengan itu juga, ketetapan bagi merukyah anak bulan Ramadan 1435H akan dilakukan pada petang hari Jumaat, 29 Syaaban 1435H bersamaan 27 Jun 2014M di tempat-tempat berikut:- Menara DST, bangunan Ibu Pejabat DST, Lebuhraya Tungku; Bukit Agok, Jerudong di Daerah Brunei dan Muara; Bukit Ambuk di Daerah Tutong dan Bukit Lumut di Daerah Belait.

- Pelita Brunei Online. Sabtu, 7 Jun 2014.

Peluang melihat planet di angkasa

Oleh:  Nooratini Haji Abas

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Jun. - Sempena Hari Mesra Pelanggan (HMP) 2014, Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya meneruskan lagi aktiviti dengan mengadakan 'Sky Watching' (Cerapan Planet) bertempat di Kawasan Bangunan Kementerian Pembangunan, di sini.

Tujuan aktiviti diadakan adalah untuk mengetahui dan melihat secara lebih dekat lagi planet-planet yang ada di angkasa menggunakan teropong khas yang dimiliki oleh Unit Astronomi, Bahagian Geodetik, Jabatan Ukur.

110614 AMP1 MOD1
PARA pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur ketika menerangkan cara-cara mengunakan peralatan untuk melihat pergerakan bintang-bintang dan planet-planet yang terdapat di angkasa lepas bersempena dengan Hari Mesra Pelanggan Kementerian Pembangunan.
(Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)

Pada aktiviti tersebut, para pengunjung dan orang ramai juga berpeluang untuk menyaksikan dan menggunakan peralatan yang disediakan bagi melihat planet-planet yang ada di angkasa.

HMP 2014 memberi peluang kepada warga Kementerian Pembangunan akan dapat mencari alternatif dan mengenal pasti kaedah dan tatacara perkhidmatan yang lebih efektif dan efisien dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada semua 'stakeholders'.

HMP tersebut dibukakan bagi kunjungan orang ramai selama tujuh hari bermula hari ini hingga 16 Jun depan dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam.

- Pelita Brunei Online. Khamis, 12 Jun 2014.
 

Ilmu Falak Syar'ie penting dalam kalendar Islam

Oleh: Aimi Sani

KETUA Hakim Syar’ie, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim semasa berucap selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan Kursus Sijil Falak Syar’ie UNISSA - UniSZA 2014.
KETUA Hakim Syar’ie, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim semasa berucap selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan Kursus Sijil Falak Syar’ie UNISSA - UniSZA 2014. (Foto: Muhammad Mahdi Haji Marsidi)

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 9 Jun. - Ilmu Falak Syar'ie atau astronomi merupakan cabang sains Islam yang merangkumi pemerhatian, pencerapan dan penjelasan mengenai perkara yang berlaku di luar bumi dan atmosfera bumi.

Ketua Hakim Syar'ie, Yang Amat Arif/Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim berkata, kedudukan ilmu Falak ini adalah fardu kifayah sahaja tetapi berdasarkan tuntutan keperluan di zaman ini, ianya telah hampir kepada fardu ain.

"Ini adalah memandangkan ilmu Falak ini mempunyai hubung kait yang sangat rapat dengan penentuan waktu-waktu solat, ibadah-ibadah wajib dan sunat yang lain," jelas Ketua Hakim Syar'ie semasa berucap selaku tetamu kehormat pada Majlis Perasmian Kursus Sijil Falak Syar'ie Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) - Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu (UniSZA), bertempat di Dewan Auditorium UNISSA.

Realitinya, jelas Ketua Hakim Syar'ie, ilmu ini telah menjadi asing bagi sesetengah golongan dalam masyarakat kerana hanya segolongan sahaja yang mendalami ilmu ini.

Kepentingan ilmu Falak ini, terangnya, adalah amat jelas di mana Baginda Rasululah Sallallahu Alaihi Wasallam telah menjadikannya sebagai panduan di dalam menentukan mula melakukan ibadah puasa.

Oleh itu Ketua Hakim Syar'ie berharap agar ilmu tersebut terus dikaji dan dipelajari sehingga boleh menjadi landasan dan rujukan mana-mana pegawai, kakitangan serta pelajar di masa akan datang.

"Saya penuh yakin bahawa ilmu tentang Falak Syar'ie adalah ilmu yang amat penting di dalam kalendar Islam walaupun di alam Melayu ilmu ini kurang mendapat tempat di dalam aspek kajian dan penulisan padahal pada hakikatnya ilmu ini adalah ilmu asas yang terdapat dalam tamadun Islam dan merupakan ilmu utama yang amat ditekankan oleh para ulama intelektual Muslim bermula sejak awal Islam lagi," terangnya memberikan keyakinan.

Ilmu Falak Syar'ie, tambahnya, terus berkembang sehingga zaman Pemerintahan Umaiyyah yang mana puncak kecemerlangan perkembangan ilmu berkenaan adalah ketika pemerintahan Khalifah Al-Makmun.

- Pelita Brunei Online. 10 Jun 2014.
 

Kursus Falak Syar'ie UNISSA - UniSZA dirasmikan


KETUA  Hakim Syar’ie, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim semasa hadir pada Majlis Perasmian Kursus Sijil Falak Syar’ie UNISSA - UniSZA 2014.
KETUA Hakim Syar’ie, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim semasa hadir pada Majlis Perasmian Kursus Sijil Falak Syar’ie UNISSA - UniSZA 2014. (Foto: Muhammad Mahdi Haji Marsidi)

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 9 Jun. - Ilmu Falak adalah merupakan salah satu bidang sains - agama yang perlu dan wajar untuk dipelajari, difahami dan diterokai kerana ianya adalah sebahagian daripada Ilmu Fiqh.

Menyedari akan kedudukan kepentingan ilmu ini, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerusi Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) dengan kolaborasi Jabatan Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu, Malaysia dan Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan Negara Brunei Darussalam buat julung kalinya mengendalikan Kursus Sijil Falak Syar'ie UNISSA - UniSZA 2014.

Sehubungan dengan itu Majlis Perasmian Kursus Sijil Falak Syar'ie UNISSA - UniSZA 2014, berlangsung pagi tadi di Dewan Auditorium, UNISSA.

Hadir selaku tetamu kehormat seterusnya merasmikan kursus tersebut ialah Ketua Hakim Syar'ie, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim.

Pengarah PPIB, Dr. Siti Sara binti Haji Ahmad, selaku Pengerusi Majlis dalam ucapannya berkata, kursus ini akan berlangsung selama lebih kurang empat minggu mulai 11 Syaaban hingga 7 Ramadan 1435 Hijriah / 9 Jun hingga 5 Julai 2014 Masihi.
 090614 MAHDI1 UNISSA
PENGARAH Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Dr. Siti Sara binti Haji Ahmad semasa berucap selaku Pengerusi Majlis Perasmian Kursus Sijil Falak Syar'ie UNISSA - UniSZA 2014. (Foto : Muhammad Mahdi Haji Marsidi)

Kursus tersebut, jelasnya, antara lain mengetengahkan isu-isu yang berkaitan mengenai Perkembangan Ilmu Falak Alam Melayu, Ilmu Falak Dalam Skop Besar Sains Angkasa, Isu-isu Semasa Ilmu Falak, Geometri Samawi dan Sistem Waktu, Takwim Istilahi dan Penentuan Kiblat, Waktu Solat, Penerbitan Jadual Waktu Solat, Penggunaan Almanak Falak Syar'ie, Hitungan Waktu Lintasan Matahari bersamaan Kiblat, Sains Kenampakan Anak Bulan, Perspektif Rukyah dan Hisab, Hitungan Data Rukyah, Penyusunan Takwim Imkannur Rukyah, Simulasi Rukyah, Amali Penjejakan dan Cerapan Anak Bulan.

Sementara itu Bahagian Instrumentasi dan Praktikum pula, terangnya, akan mengetengahkan Penggunaan Teodolit, Penentuan Koordinat Geografi Bumi, Penggunaan Kompas Ukur, Penandaan Arah Kiblat, Cerapan Matahari untuk Penentuan Azimut, di samping Penggunaan Teleskop.

Beliau berharap kursus ini akan dapat menangani masalah-masalah berkaitan implikasi falak, di samping mewujudkan satu kumpulan kadar pelajar dan karyawan yang mampu menggembleng usaha bagi memajukan bidang ini dalam konteks bidang sains - agama serta mengembangkan disiplin ilmu yang mempunyai kaitan secara langsung dengan ibadat.

Manakala bagi para mahasiswa dan mahasiswi pula, kursus ini diharap akan dapat dijadikan sebagai nilai tambah kepada Program Melahirkan Ulama iaitu integrasi ilmu agama dan ilmu sains (astronomi) dan seterusnya menyediakan peluang kemahiran insaniah dengan potensi kebolehpasaran kepada graduan UNISSA.
090614 MAHDI3 UNISSA

PARA jemputan serta peserta kursus terdiri dari jabatan-jabatatan kerajaan yang terbabit serta staf akademik dan mahasiswa serta mahasiswi dari institusi pengajian yang tinggi semasa hadir di Majlis Perasmian Kursus Sijil Falak Syar'ie UNISSA - UniSZA 2014.
(Foto : Muhammad Mahdi Haji Marsidi)

Kursus dikendalikan oleh fasilitator jemputan dari dalam dan luar negara iaitu Profesor Madya Dr. Baharuddin bin Zainal dan Ahmad Taufan bin Abdul Rashid dari UniSZA serta Awang Haji Julahi bin Haji Lamat dan Awang Haji Khairul Abidin bin Haji Sulaiman dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan.

Acara kemudian diteruskan dengan bicara ilmiah mengenai 'Pengajian Falak Dalam Konteks Agama dan Sains' yang disampaikan oleh Pakar Ilmu Falak UniSZA, Profesor Madya Dr. Baharuddin bin Zainal.

Dalam bicara ilmiah tersebut beliau menjelaskan bahawa proses memajukan ilmu Falak perlu berada pada tahap yang lebih baik sesuai dengan kedudukannya sebagai ilmu fardu kifayah.

Ilmu Falak yang progresif sifatnya, secara mutlak perlu merangkumi juzuk ilmu yang meliputi fizik, matematik, ilmu ukur, geografi, sains angkasa dan etno sains.

Kursus disertai oleh para pegawai dan kakitangan daripada Jabatan Ukur, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Mahkamah Syariah, staf akademik dan mahasiswa serta mahasiswi UNISSA, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Institut Teknologi Brunei (ITB) dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). - Aimi Sani

- Pelita Brunei Online. 10 Jun 2014.

Sabtu, 28 Jun 2014

JUST IN: Learn Islamic astronomy, scholars told

Monday, June 9, 2014

SCHOLARS were urged to study and develop Islamic astronomy as the knowledge determined the progression of Muslim calendars.

This was said by Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Hj Yahya Hj Ibrahim, the Chief Syariah Judge during the launch of the UNISSA-UniSZA Islamic Astronomy Certificate course 2014 this morning.

"In actuality, this knowledge gained the least position within the aspects of research and writings.

While in fact in reality, this knowledge is the basic knowledge found in an Islamic civilisation and was also the main knowledge that was emphasised by intellectual Muslim scholars in the early years of Islam," he said in his speech.

The Brunei Times