Selasa, 7 Oktober 2014

Hari Raya Aidiladha disambut pada 5 Oktober

Oleh: Mohammad Arif Matali

MENTERI  Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman hadir sama pada majlis berkenaan.
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman hadir sama pada majlis berkenaan. (Foto: Haji Ariffin Mohd. Noor)

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 24 September. - Negara Brunei Darussalam akan menyambut Hari Raya Aidiladha Bagi Tahun 1435 Hijriah pada hari Ahad, 10 Zulhijjah 1435 Hijriah bersamaan 5 Oktober 2014 Masihi selepas merukyah anak bulan Zulhijjah telah tidak sabit kelihatan dan bulan Zulkaedah digenapkan menjadi 30 hari.
Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha akan diadakan di seluruh masjid-masjid, surau-surau serta balai-balai ibadah di seluruh negara bermula pukul 7.30 pagi.
Sementara itu, majlis keagamaan bagi menunggu hasil merukyah anak bulan Zulhijjah 1435 Hijriah telah diadakan di Dewan Teratai, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), di sini.
Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman hadir sama pada majlis berkenaan.
Juga hadir ialah Menteri-Menteri Kabinet, Pehin-Pehin Manteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.
ariffin 240914a
PERSEMBAHAN  tausyeh oleh Kumpulan Nur Firdaus yang terdiri daripada Guru-Guru Ugama dan Mahasiswa Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan yang diketuai oleh Awang Haji Rudzaini bin Mohammad.
Acara keagamaan dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an oleh Awangku Md. Adi Nazri bin Pengiran Jofri, johan Kebangsaan Belia Musabaqah Tilawah Al-Qur’an Peringkat Belia Kebangssan, diikuti dengan persembahan tausyeh oleh Kumpulan Nur Firdaus yang terdiri daripada guru-guru ugama dan mahasiswa Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan yang diketuai oleh Awang Haji Rudzaini bin Mohammad.
Doa selamat dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, KHEU, Pengiran Haji Mohd Hafizuddin bin Pengiran Haji Bakar dan seterusnya mengimamkan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah.
Lokasi bagi merukyah anak bulan Zulhijjah dilaksanakan di Ibu Pejabat DST, Tungku Link; Bukit Agok, Jerudong; Bukit Ambok, Daerah Tutong dan Bukit Lumut di Daerah Belait.
- Pelita Brunei Online. 25 September 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan