Selasa, 7 Oktober 2014

Gerhana Bulan Penuh

Satu fenomena alam semula jadi akan berlaku pada malam ini iaitu gerhana bulan penuh. Merujuk memorandum Juruukur Agung bilangan: (12)SS/GDC/1206/AS bertarikh 07 Zulhijjah 1435H bersamaan 02 Oktober 2014 dimaklumkan bahawa gerhana yang akan terjadi pada hari Rabu 08 Oktober 2014 ini disaksikan sebagai Gerhana Bulan Penuh.

Maklumat waktu gerhana adalah seperti: Jam 5:14 petang, gerhana bermula dengan kedudukan bulan di bawah ufuk timur. Pada jam 6:06 petang, bulan mulai terbit. Pada jam 6:25 petang, gerhana penuh akan bermula  dengan bulan memasuki bayangan umbra sepenuhnya. Kemuncak gerhana adalah pada jam 6:54 petang  dengan kedudukan bulan berada di tengah bayangan umbra. Pada jam 7:24 malam, bulan mula meninggalkan bayangan umbra. Gerhana dijangka berakhir pada jam 8:45 malam dengan bulan meninggalkan bayangan umbra sepenuhnya.

Untuk itu, umat Islam di negara ini digalakkan untuk hadir di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat yang berdekatan bagi menunaikan solat sunat gerhana bulan secara berjemaah dan seterusnya mendengar khutbah khas sempena gerhana bulan pada hari ini Rabu, 13 Zulhijjah 1435H bersamaan 08 Oktober 2014M mulai jam 6:25 petang  hingga 7:15 malam sejurus selepas solat Fardu Maghrib dan sebelum masuk waktu Solat Fardu 'Isya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan