SETIAUSAHA 
Tetap JPM, Dato Paduka Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid dan 
Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Abdul Mutalib bin Pehin 
Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohamad Yusof Antara yang berada 
di Menara Bangunan Ibu Pejabat  DST.
                              
        
                  
      (Foto: Haji Ariffin Mohd. Noor)
  
            
     
    
   
                  
            
TUNGKU, Jumaat, 27 Jun. - Umat 
Islam di negara ini akan mula menunaikan ibadah puasa pada hari Ahad, 29
 Jun 2014 Masihi  bersamaan 1 Ramadan 1435 Hijriah berikutan tidak sabit
 kelihatan hasil daripada merukyah anak bulan yang dilakukan di beberapa
 lokasi yang telah ditetapkan  di negara ini pada lewat petang tadi.
Di Daerah Brunei dan Muara, Menara Bangunan Ibu Pejabat  DST 
Lebuhraya Tungku merupakan  antara  tempat merukyah awal anak bulan 
Ramadan tersebut.
Berikutan anak bulan Ramadan tidak sabit kelihatan, maka bulan 
Syaaban digenapkan menjadi 30 hari dan sehubungan itu, Sembahyang Sunnat
 Terawih dan Majlis-majlis Bertadarus akan dimulakan di masjid-masjid, 
surau-surau dan balai-balai ibadat di seluruh negara bermula esok malam.
(Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor)
Kerja-kerja merukyah anak bulan tersebut antaranya telah dilakukan 
oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jabatan 
Mahkamah Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Mufti Kerajaan  
dan Jabatan Ukur.
Antara yang berada di Menara Bangunan Ibu Pejabat  DST tersebut ialah
 Setiausaha Tetap JPM, Dato Paduka Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul 
Rashid dan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Abdul Mutalib
 bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohamad Yusof.
(Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor)
Pengumuman mengenai hasil merukyah anak bulan Ramadan turut disiarkan ke seluruh negara melalui Radio dan Televisyen Brunei.
- Pelita Brunei Online. Sabtu, 28 Jun 2014.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan