BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Jun. -
 Sempena Hari Mesra Pelanggan (HMP) 2014, Kementerian Pembangunan dan 
Jabatan-jabatan di bawahnya meneruskan lagi aktiviti dengan mengadakan 
'Sky Watching' (Cerapan Planet) bertempat di Kawasan Bangunan 
Kementerian Pembangunan, di sini.
Tujuan aktiviti diadakan adalah untuk 
mengetahui dan melihat secara lebih dekat lagi planet-planet yang ada di
 angkasa menggunakan teropong khas yang dimiliki oleh Unit Astronomi, 
Bahagian Geodetik, Jabatan Ukur.
PARA
 pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur ketika menerangkan cara-cara 
mengunakan peralatan untuk melihat pergerakan bintang-bintang dan planet-planet yang terdapat di angkasa lepas bersempena dengan Hari Mesra Pelanggan Kementerian Pembangunan.
(Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)
(Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)
Pada aktiviti tersebut, para pengunjung 
dan orang ramai juga berpeluang untuk menyaksikan dan menggunakan 
peralatan yang disediakan bagi melihat planet-planet yang ada di 
angkasa.
HMP 2014 memberi peluang kepada warga 
Kementerian Pembangunan akan dapat mencari alternatif dan mengenal pasti
 kaedah dan tatacara perkhidmatan yang lebih efektif dan efisien dalam 
meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada semua 'stakeholders'.
HMP tersebut dibukakan bagi kunjungan 
orang ramai selama tujuh hari bermula hari ini hingga 16 Jun depan dari 
jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam.
- Pelita Brunei Online. Khamis, 12 Jun 2014.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan