(Siaran Akhbar)
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 5 Jun. -
 Mahkamah Syariah Negara Brunei Darussalam dengan ini mengumumkan kepada
 orang ramai terutama umat Islam di Negara Brunei Darussalam bahawa pada
 menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri 
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni 
Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, 
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, maka Yang Berhormat
 Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam dengan ini memaklumkan bahawa 
ketetapan 1 haribulan Syaaban 1435 Hijriah adalah jatuh pada hari 
Jumaat, 30 Mei 2014 Masihi.
Maka berikut dengan itu, Nisfu Syaaban bagi Tahun 1435H jatuh pada petang hari Khamis, malam Jumaat, 12 Jun 2014 Masihi.
Berikut dengan itu juga, ketetapan bagi 
merukyah anak bulan Ramadan 1435H akan dilakukan pada petang hari 
Jumaat, 29 Syaaban 1435H bersamaan 27 Jun 2014M di tempat-tempat 
berikut:- Menara DST, bangunan Ibu Pejabat DST, Lebuhraya Tungku; Bukit 
Agok, Jerudong di Daerah Brunei dan Muara; Bukit Ambuk di Daerah Tutong 
dan Bukit Lumut di Daerah Belait.
- Pelita Brunei Online. Sabtu, 7 Jun 2014. 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan