ANTARA yang hadir merukyah anak bulan Ramadan di Bukit  Ambok ialah  Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali 
                              
        
                  
      (Foto: Hernie Suliana Haji Othman)
  
            
TUTONG, Jumaat, 27 Jun. - Umat 
Islam di negara ini akan mula menunaikan ibadah puasa pada hari Ahad, 29
 Jun 2014 bersamaan 1 Ramadan 1435 Hijriah setelah merukyah anak bulan 
Ramadan yang dilakukan di beberapa lokasi di negara ini lewat petang 
tadi tidak sabit kelihatan.
Bagi Daerah Tutong, seperti lazimnya Bukit Ambok digunakan sebagai tempat merukyah awal anak bulan Ramadan.
Antara yang hadir di bukit tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat 
Negara, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit; Pegawai Daerah 
Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali; Penolong Pegawai Daerah 
Tutong, Awang Haji Adanan bin Haji Adam; Ketua Pegawai Ugama Daerah 
Tutong, Awang Hassan bin Amat dan beberapa rombongan pegawai yang 
ditugaskan daripada Hakim-Hakim Syarie, pegawai-pegawai 
Mahkamah-Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana 
Menteri dengan beberapa pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) 
dan pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti Kerajaan dengan kerjasama 
pegawai-pegawai Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan bagi tujuan 
berkenaan.
Pengumuman mengenai hasil merukyah anak bulan Ramadan disiarkan ke seluruh negara melalui Radio dan Televisyen Brunei.
Sementara itu, Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir dan majlis-majlis 
bertadarus akan dimulakan di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai 
ibadat di seluruh negara esok.
- Pelita Brunei Online. Sabtu, 28 Jun 2014M.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan