Rabu, 18 Mei 2016

Peluang saksi gerhana matahari separa

Oleh Hazarry bin Haji Ali Ahmad

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mac – Penduduk di negara ini akan berpeluang menyaksikan fenomena astronomi yang jarang berlaku apabila bulan melintasi di hadapan Matahari pada pagi 9 Mac ini.

Kejadian gerhana matahari separa dijangka akan bermula pukul 8.30 pagi dan dijangka berakhir pada 9:54 pagi waktu tempatan. Pada jam 8:37 pagi, fasa maksimum akan berlaku dengan kira-kira 77 peratus daripada Matahari akan ditutupi oleh Bulan.

Jika langit tidak berawan, peristiwa cakerawala selama dua jam dan 24 minit ini akan boleh kelihatan dari mana-mana kawasan di Brunei. Namun orang ramai yang ingin mencerap gerhana akan memerlukan ufuk Timur yang tidak terhalang seperti bebas daripada pokok-pokok atau bangunan.
Laluan perjalanan Bulan melintasi di hadapan Matahari dan fasa-fasa semasa gerhana matahari pada 9 Mac nanti.
Laluan perjalanan Bulan melintasi di hadapan Matahari dan fasa-fasa semasa gerhana 
matahari pada 9 Mac nanti.
Orang ramai juga diberi amaran supaya tidak melihat secara langsung pada matahari tanpa menggunakan penapis suria yang selamat atau kaca mata pelindung gerhana.

Ramalan merupakan hasil kajian penulis sendiri bersumberkan laman sesawang dan perisian astronomi. Gerhana matahari seterusnya dijangka berlaku di negara ini pada 26 Disember 2019.

- Media Permata. Sabtu, 5 Mac 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan