Rabu, 9 November 2011

Hari Raya Aidiladha pada 7 November 2011


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 27 Oktober. - Umat Islam di negara ini akan merayakan Hari Raya Aidiladha pada hari Isnin, 10 Zulhijah 1432H bersamaan 7 November 2011M.  
Pengumuman mengenainya telah disiarkan melalui radio dan televisyen malam ini.

Hasil merukyah awal bulan Zulhijah 1432H telah tidak sabit kelihatan maka bulan Zulkaedah telah digenapkan menjadi 30 hari dan awal bulan Zulhijah 1432H jatuh pada hari Sabtu, 1 Zulhijah 1432H bersamaan 29 Oktober 2011M.
 
Umat Islam yang berkemampuan di negara ini digalakkan untuk melakukan ibadah korban bermula selepas Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha hinggalah ke hari-hari tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijah.

Tempat-tempat yang telah ditentukan bagi melihat anak bulan tersebut ialah Bukit Shahbandar di Daerah Brunei Muara, Bukit Ambok dan Bukit Agok di Daerah Tutong dan Bukit Lumut di Daerah Belait.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan