Astronomi Islam Brunei
Rabu, 26 Februari 2025
Selasa, 25 Februari 2025
Sabtu, 25 Mei 2024
Penampakan Meteor di Brunei
Muara - 25 Mei 2024. Satu penampakan meteor yang sedang melintasi langit bumi berjaya dirakam selama beberapa saat secara tidak sengaja oleh kamera pemuka salah seorang pemandu kereta. Pada ketika itu, beliau sedang memandu ketika hendak keluar dari dari kompleks membeli-belah di Kampong Salambigar apabila kejadian ini berlaku.
Beliau segera menghentikan kenderaannya bagi memastikan keadaan selamat terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan. Beliau turut mengongsikan rakaman penampakan tersebut di media sosial WhatsApp yang berdurasi 5 saat.
Terdapat juga beberapa orang saksi di luar negara seperti Singapura, Malaysia dan Portugal yang berjaya merakam lintasan tersebut secara tidak sengaja.
Berikut adalah video yang dirakam oleh saksi di Brunei:
Sabtu, 13 April 2024
Rare comet may be visible to naked eye in Brunei
Stargazers in the Sultanate will be able to witness the Comet Pons
Brooks passing at its closest distance of 116.8 million kilometers (km) to the
Sun on April 21, reaching its maximum brightness of magnitude 4.2, expected
visible to the naked eye.
The 12P/Pons-Brooks is visible in the country for the first time in more
than seven decades – and it won’t be returning until 2095.
According to the Astronomical Society of Brunei Darussalam (PABD),
comets can be unpredictable for its sudden flare-ups in brightness. Therefore,
viewers may get a chance to catch a sight of the comet.
From Brunei, the comet will set in the west-northwest, hovering about 10
degrees above the horizon in the evening twilight all through April.
Like other comets, 12P/Pons-Brooks is a cosmic wanderer about triple the
size of Mount Everest, made of a mixture of ice and rocky materials. As it
approaches the Sun, these volatile matters transform to gas and dust causing an
expansive cloud (coma) and a distinctive tail.
By the end of April, it fades very rapidly and moves back out into
space. Comet Pons-Brooks will take another 71 years to complete another full
journey around the sun – a once in a lifetime experience to see the cosmic
wanderer.
The extraterrestrial object should appear as a fuzzy green blob with a
hazy tail as viewed from a small telescope or binoculars.
Viewers are advised to wait for darkness (after 7.15 pm) to attempt to
photograph the cosmic phenomenon. A tripod, attached with a medium lens and
point the camera towards the west horizon is recommended for a stellar shot.
From the northern hemisphere, comet 12P will remain viewable for the
next one or two weeks before disappearing into the bright sun’s glare and
proceeding into the southern sky. – James Kon
Isnin, 8 April 2024
Sabtu, 9 Mac 2024
Rabu, 28 Februari 2024
Pancaran cahaya kosmik dan kesan radiasi.
Setiap tahun ada di antara kita yang menerima pesanan melalui media-media sosial seperti WhatsApp, Facebook, X (Twitter) dan sebagainya yang menyatakan pancaran cahaya kosmik yang mengakibatkan kesan radiasi yang tinggi. Pesanan tersebut lebih kurang berbunyi seperti berikut:
"Malam ini antara jam 00:30 pagi hingga 3.30 pagi pastikan off hp, laptop dll dan jauhkan dari badan anda. TV Singapore telah mengumumkan berita tersebut. Tolong beritahu keluarga dan sahabat2 anda. Malam ini antara jam 00:30 pagi hingga 3.30 pagi bumi kita akan menghadapi radiasi yang paling tinggi. Pancaran cahaya Cosmic akan melintasi dekat dgn bumi. Oleh itu off hp dll dan jauhkn dr badan anda sbb akn menyebabkan kita mendapat efek radiasi yg berbahaya....Boleh lihat di google dan NASA dan berita BBC. Bagikan pesan ini kpd org2 lain yg penting bagi keluarga ,Teman,Sahabat, dan juga anak istri anda. Anda blh menyelamatkan nyawa banyak orang dengan berbuat demikian..."
Ternyata pesanan tersebut hanyalah hoax semata-mata. Pihak-pihak yang disebutkan di dalam pesanan tersebut seperti TV Singapura, BBC dan NASA telah menafikan sekeras-kerasnya tentang dakwaan tersebut. Asalnya berita tersebut adalah berita yang diambil dari laporan rasmi dari letusan gunung-gunung berapi di sekitar kawasan Asia-Pasifik yang jua boleh menghasilkan kesan radiasi tetapi berita tersebut telah diubahsuai dan dikaitkan dengan pancaran cahaya kosmik.
Pancaran cahaya kosmik memang sampai ke bumi setiap hari tetapi tidak melebihi hanyalah sekitar 3% ke 8% mengikut lokasi tertentu dan di kawasan Asia rata-rata menerima 5%. Kenapa bumi menerima kadar pancaran kosmik yang rendah? Ini adalah bumi dilindungi oleh lapisan magnetosfera yang terbentuk oleh medan magnet bumi. Jika atmosfera bumi menghindarkan tenaga sinaran suria yang kuat, magnetosfera pula berfungsi sebagai perisai bumi dari hentaman objek-objek angkasa seperi meteor, meteroid dan asteroid dan juga sinaran kosmik dan zarah-zarah yang merbahaya. Lapisan magnetosfera ini juga dipanggil Jalur Van Allen.
"Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap terpelihara sedang mereka berpaling dari segala tanda (kekuasaan Allaah) yang terdapat padanya."
(Terjemahan Surah al-Anbiyaa : Ayat 32)