Ahad, 29 Jun 2014

Ilmu Falak Syar'ie penting dalam kalendar Islam

Oleh: Aimi Sani

KETUA Hakim Syar’ie, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim semasa berucap selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan Kursus Sijil Falak Syar’ie UNISSA - UniSZA 2014.
KETUA Hakim Syar’ie, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim semasa berucap selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan Kursus Sijil Falak Syar’ie UNISSA - UniSZA 2014. (Foto: Muhammad Mahdi Haji Marsidi)

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 9 Jun. - Ilmu Falak Syar'ie atau astronomi merupakan cabang sains Islam yang merangkumi pemerhatian, pencerapan dan penjelasan mengenai perkara yang berlaku di luar bumi dan atmosfera bumi.

Ketua Hakim Syar'ie, Yang Amat Arif/Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim berkata, kedudukan ilmu Falak ini adalah fardu kifayah sahaja tetapi berdasarkan tuntutan keperluan di zaman ini, ianya telah hampir kepada fardu ain.

"Ini adalah memandangkan ilmu Falak ini mempunyai hubung kait yang sangat rapat dengan penentuan waktu-waktu solat, ibadah-ibadah wajib dan sunat yang lain," jelas Ketua Hakim Syar'ie semasa berucap selaku tetamu kehormat pada Majlis Perasmian Kursus Sijil Falak Syar'ie Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) - Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu (UniSZA), bertempat di Dewan Auditorium UNISSA.

Realitinya, jelas Ketua Hakim Syar'ie, ilmu ini telah menjadi asing bagi sesetengah golongan dalam masyarakat kerana hanya segolongan sahaja yang mendalami ilmu ini.

Kepentingan ilmu Falak ini, terangnya, adalah amat jelas di mana Baginda Rasululah Sallallahu Alaihi Wasallam telah menjadikannya sebagai panduan di dalam menentukan mula melakukan ibadah puasa.

Oleh itu Ketua Hakim Syar'ie berharap agar ilmu tersebut terus dikaji dan dipelajari sehingga boleh menjadi landasan dan rujukan mana-mana pegawai, kakitangan serta pelajar di masa akan datang.

"Saya penuh yakin bahawa ilmu tentang Falak Syar'ie adalah ilmu yang amat penting di dalam kalendar Islam walaupun di alam Melayu ilmu ini kurang mendapat tempat di dalam aspek kajian dan penulisan padahal pada hakikatnya ilmu ini adalah ilmu asas yang terdapat dalam tamadun Islam dan merupakan ilmu utama yang amat ditekankan oleh para ulama intelektual Muslim bermula sejak awal Islam lagi," terangnya memberikan keyakinan.

Ilmu Falak Syar'ie, tambahnya, terus berkembang sehingga zaman Pemerintahan Umaiyyah yang mana puncak kecemerlangan perkembangan ilmu berkenaan adalah ketika pemerintahan Khalifah Al-Makmun.

- Pelita Brunei Online. 10 Jun 2014.
 

Kursus Falak Syar'ie UNISSA - UniSZA dirasmikan


KETUA  Hakim Syar’ie, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim semasa hadir pada Majlis Perasmian Kursus Sijil Falak Syar’ie UNISSA - UniSZA 2014.
KETUA Hakim Syar’ie, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim semasa hadir pada Majlis Perasmian Kursus Sijil Falak Syar’ie UNISSA - UniSZA 2014. (Foto: Muhammad Mahdi Haji Marsidi)

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 9 Jun. - Ilmu Falak adalah merupakan salah satu bidang sains - agama yang perlu dan wajar untuk dipelajari, difahami dan diterokai kerana ianya adalah sebahagian daripada Ilmu Fiqh.

Menyedari akan kedudukan kepentingan ilmu ini, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerusi Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) dengan kolaborasi Jabatan Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu, Malaysia dan Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan Negara Brunei Darussalam buat julung kalinya mengendalikan Kursus Sijil Falak Syar'ie UNISSA - UniSZA 2014.

Sehubungan dengan itu Majlis Perasmian Kursus Sijil Falak Syar'ie UNISSA - UniSZA 2014, berlangsung pagi tadi di Dewan Auditorium, UNISSA.

Hadir selaku tetamu kehormat seterusnya merasmikan kursus tersebut ialah Ketua Hakim Syar'ie, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim.

Pengarah PPIB, Dr. Siti Sara binti Haji Ahmad, selaku Pengerusi Majlis dalam ucapannya berkata, kursus ini akan berlangsung selama lebih kurang empat minggu mulai 11 Syaaban hingga 7 Ramadan 1435 Hijriah / 9 Jun hingga 5 Julai 2014 Masihi.
 090614 MAHDI1 UNISSA
PENGARAH Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Dr. Siti Sara binti Haji Ahmad semasa berucap selaku Pengerusi Majlis Perasmian Kursus Sijil Falak Syar'ie UNISSA - UniSZA 2014. (Foto : Muhammad Mahdi Haji Marsidi)

Kursus tersebut, jelasnya, antara lain mengetengahkan isu-isu yang berkaitan mengenai Perkembangan Ilmu Falak Alam Melayu, Ilmu Falak Dalam Skop Besar Sains Angkasa, Isu-isu Semasa Ilmu Falak, Geometri Samawi dan Sistem Waktu, Takwim Istilahi dan Penentuan Kiblat, Waktu Solat, Penerbitan Jadual Waktu Solat, Penggunaan Almanak Falak Syar'ie, Hitungan Waktu Lintasan Matahari bersamaan Kiblat, Sains Kenampakan Anak Bulan, Perspektif Rukyah dan Hisab, Hitungan Data Rukyah, Penyusunan Takwim Imkannur Rukyah, Simulasi Rukyah, Amali Penjejakan dan Cerapan Anak Bulan.

Sementara itu Bahagian Instrumentasi dan Praktikum pula, terangnya, akan mengetengahkan Penggunaan Teodolit, Penentuan Koordinat Geografi Bumi, Penggunaan Kompas Ukur, Penandaan Arah Kiblat, Cerapan Matahari untuk Penentuan Azimut, di samping Penggunaan Teleskop.

Beliau berharap kursus ini akan dapat menangani masalah-masalah berkaitan implikasi falak, di samping mewujudkan satu kumpulan kadar pelajar dan karyawan yang mampu menggembleng usaha bagi memajukan bidang ini dalam konteks bidang sains - agama serta mengembangkan disiplin ilmu yang mempunyai kaitan secara langsung dengan ibadat.

Manakala bagi para mahasiswa dan mahasiswi pula, kursus ini diharap akan dapat dijadikan sebagai nilai tambah kepada Program Melahirkan Ulama iaitu integrasi ilmu agama dan ilmu sains (astronomi) dan seterusnya menyediakan peluang kemahiran insaniah dengan potensi kebolehpasaran kepada graduan UNISSA.
090614 MAHDI3 UNISSA

PARA jemputan serta peserta kursus terdiri dari jabatan-jabatatan kerajaan yang terbabit serta staf akademik dan mahasiswa serta mahasiswi dari institusi pengajian yang tinggi semasa hadir di Majlis Perasmian Kursus Sijil Falak Syar'ie UNISSA - UniSZA 2014.
(Foto : Muhammad Mahdi Haji Marsidi)

Kursus dikendalikan oleh fasilitator jemputan dari dalam dan luar negara iaitu Profesor Madya Dr. Baharuddin bin Zainal dan Ahmad Taufan bin Abdul Rashid dari UniSZA serta Awang Haji Julahi bin Haji Lamat dan Awang Haji Khairul Abidin bin Haji Sulaiman dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan.

Acara kemudian diteruskan dengan bicara ilmiah mengenai 'Pengajian Falak Dalam Konteks Agama dan Sains' yang disampaikan oleh Pakar Ilmu Falak UniSZA, Profesor Madya Dr. Baharuddin bin Zainal.

Dalam bicara ilmiah tersebut beliau menjelaskan bahawa proses memajukan ilmu Falak perlu berada pada tahap yang lebih baik sesuai dengan kedudukannya sebagai ilmu fardu kifayah.

Ilmu Falak yang progresif sifatnya, secara mutlak perlu merangkumi juzuk ilmu yang meliputi fizik, matematik, ilmu ukur, geografi, sains angkasa dan etno sains.

Kursus disertai oleh para pegawai dan kakitangan daripada Jabatan Ukur, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Mahkamah Syariah, staf akademik dan mahasiswa serta mahasiswi UNISSA, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Institut Teknologi Brunei (ITB) dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). - Aimi Sani

- Pelita Brunei Online. 10 Jun 2014.

Sabtu, 28 Jun 2014

JUST IN: Learn Islamic astronomy, scholars told

Monday, June 9, 2014

SCHOLARS were urged to study and develop Islamic astronomy as the knowledge determined the progression of Muslim calendars.

This was said by Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Hj Yahya Hj Ibrahim, the Chief Syariah Judge during the launch of the UNISSA-UniSZA Islamic Astronomy Certificate course 2014 this morning.

"In actuality, this knowledge gained the least position within the aspects of research and writings.

While in fact in reality, this knowledge is the basic knowledge found in an Islamic civilisation and was also the main knowledge that was emphasised by intellectual Muslim scholars in the early years of Islam," he said in his speech.

The Brunei Times

Ahad, 4 Mei 2014

Fenomena Ekuinoks

Oleh Rohaniza Idris

AWAL bulan Febuari lalu, fenomena dunia tanpa bayang dilaporkan berlaku di Bogor dan Jakarta, Indonesia. Dalam kejadian itu, tepat jam 12 tengah hari bagi tempoh dua hingga lima minit, orang ramai tidak dapat melihat bayang-bayang sendiri di bawah sinar matahari kerana ia berada tepat atas kepala.

Fenomena itu mendapat liputan kebanyakan akhbar di republik berkenaan dan beberapa negara Asia yang lain. Banyak persoalan ditimbulkan hasil liputan berkenaan dan ramai yang ingin mengetahui mengenai fenomena yang jarang didengari itu.  

Ketua Unit Strategik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Mohd Zamri Shah Mastor berkata, fenomena tanpa bayang sebenarnya berlaku setiap hari sepanjang tahun dan ia bukannya satu kejadian yang luar biasa atau pelik.

Mohd Zamri berkata, kejadian itu tidak dianggap sebagai fenomena astronomi, namun ia fenomena yang disukai dan sangat dekat dengan orang ramai.

“Fenomena hari tanpa bayang dianggap menarik apabila ia berlaku ketika matahari melintasi garisan khatulistiwa seperti yang berlaku di Bogor Jawa Barat, Indonesia baru-baru ini. Selain itu, fenomena ini juga turut dianggap istimewa ketika matahari melintasi garisan Sartan di Hemisfera Utara dan garisan Jadi di Hemisfera Selatan bumi,” katanya.

Menjelas lanjut, Mohd Zamri berkata, kejadian itu adalah fenomena yang biasa berlaku iaitu sebanyak dua kali setiap tahun pada suatu garis lintang tertentu di antara garisan Sartan dan garisan Jadi. Ini kerana pada ketika itu, matahari berada tepat di atas garisan lintang berkenaan.

“Malaysia akan turut mengalami fenomena hari tanpa bayang tepat waktu tengahari di beberapa tempat mengikut kedudukan garisan-garisan lintang tertentu yang melintasi negara bermula esok hingga Khamis ini. Ia akan berulang berlaku semula pada 28 September hingga 2 Oktober depan,” katanya.

Mohd Zamri menjelaskan fenomena itu juga dikenali sebagai peristiwa Ekuinoks apabila Matahari melintasi tepat garisan Khatulistiwa ketika ia bergerak dari Hemisfera Selatan ke Hemisfera Utara Bumi. Kejadian ini berlaku setiap Mac dan matahari juga akan melintasi Khatulistiwa dari Hemisfera Utara ke Hemisfera Selatan Bumi setiap September pula.

"Tiada yang istimewa pada hari berkenaan selain matahari berada tepat di atas kepala pada waktu tengahari. Ini menyebabkan kita tidak nampak bayang-bayang kita jika berdiri di tengah panas." katanya.

Fenomena berkenaan juga berlaku setiap hari tetapi di lokasi berbeza mengikut garis lintang kedudukan pergerakan matahari. Ini bermakna setiap negara yang berada di antara garisan Sartan dan Jadi, termasuk Khatulistiwa, akan merasai fenomena berkenaan.

Fenomena berkenaan juga berlaku dalam tempoh yang singkat iaitu dua hingga lima minit serta tidak memberi kesan langsung kepada penduduk bumi seperti kejadian gerhana bulan dan matahari.

Ahli falak Islam yang masyhur, Imam al-Khawarizmi berpendapat, setiap dua jisim yang berdekatan mewujudkan kesan tarik menarik antara satu sama lain, sama ada kuat atau lemah tarikan itu. Disebabkan ketika berlakunya gerhana matahari, bulan berada hampir dengan bumi, pastinya akan berlaku tarikan kuat dari bulan terhadap bumi yang mengakibatkan berlakunya perubahan paras air laut dan mungkin angin yang memberi kesan kepada cuaca.

Gerhana bulan dan matahari juga boleh membawa perubahan kepada tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman dan benda hidup di dunia ini. Contohnya, jika berlaku gerhana matahari di mana waktu siang tiba-tiba bertukar menjadi gelap seperti malam, mungkin haiwan seperti burung akan keliru dan menyebabkan ia terbang pulang ke sarang atau tidak berhaluan.

Berbeza dengan kedua-dua gerhana berkenaan, fenomena tanpa bayang hanya kejadian tiada bayang kelihatan pada tepat waktu tengahari di sesuatu tempat ketika matahari melintasi garisan lintang kawasan berkenaan. Selepas daripada tarikh itu, bayangan mereka akan kelihatan semula jika dilihat di atas tanah pada tepat waktu tengahari kerana kedudukan matahari yang semakin beralih ke garis lintang sama ada arah utara atau pun mungkin arah selatan.

Semua bandar di dunia yang berada di antara garisan lintang 23.5 darjah Utara (garisan Sartan) dan garisan lintang 23.5 darjah Selatan (garisan Jadi) akan mengalami keadaan itu dan dalam tempoh setahun, hemisfera selatan terlebih dulu mengalaminya seperti di Australia pada bulan Disember hingga Januari.

Sebelum ini, tempat popular yang menjadi tumpuan ialah bandar Pontianak, Kalimantan Barat, kerana kedudukannya betul-betul di garisan Khatulistiwa. Bandar itu akan mengalami fenomena itu dua kali setiap tahun iaitu pada setiap 21 Mac dan 23 September.

Fenomena sama yang berlaku di Makkah pada 28 Mei dan 15 Julai setiap tahun, dimanfaatkan oleh umat Islam di seluruh dunia untuk membetulkan arah kiblat masing-masing berdasarkan kepada unjuran arah bayang matahari di kawasan setempat masing-masing pada waktu itu akan menghala Makkah.

(Artikel dipetik dari Berita Harian Online dengan sedikit ubahsuai)

Selasa, 26 November 2013

The Origin of Islamic Calendar


Below is an excerpt on the history of the origin of islamic calendar. The purely lunar calendar is known as qamariya (arabic qamar means the moon). It is also known as hijri calendar from the arabic word hegira, which means emmigration. The Prophet Muhammad pbuh, did not order anything regarding islamic calendar as an administrative or civil tools for time reckoning. He only put an example on how the beginning of (certain) islamic months be ascertained.

At the time of Khulafaur Rasyidun (The Guided Leaders), administrative system of Islamic monarch was trimmed little by little., according to the current administrative system around the world., as long as the system did not break the shari’a. The correspondences had been done repeatedly. But the problem was that the muslims did not have a stable counting of the years. Hence, sometimes each of them had different naming of the years. This happened during the time of caliph Abu Bakr -may Allah be pleased with him- , and several years of the reign of Umar -may Allah be pleased with him- . Thus we know the term ‘year of Tha’un’, since in that year, the epidemic of Tha’un occurred and spread to various regions.

Until finally, at the third year of Umar’s reign, there came a letter from Abu Musa Al Ash’ari -may Allah be pleased with him- a companion whom was appointed as the governor of Bashra, which content was: “Indeed, the letters from The Leader of the believers (Umar) often comes to us. But we don’t know, when shall we carry out the instructions inside it. Once we got a letter written in the month Sha’ban, but we did not know whether it was the present Sha’ban or the past year.”

When the letter reached him, Umar Ibn Khattab -may Allah be pleased with him- gathered the senior companions at once to discuss about the issue. This meeting took place in 20th of Jumadil Akhir, year 17 of Hijra. They agreed about the urgency of date establishment process as the reference of Islamic calendar, started from the establishment of the first year. Some suggested the year of birth of the Prophet -may peace and blessings of Allah be upon him- as the first year, the other suggested the year when he was assigned as the messenger of Allah, others suggested to use the Roman or Persian calendar, and some other suggestions being raised.

Finally, a decision was made based on the opinion of Ali Ibn Abi Thalib -may Allah be pleased with him- who suggested the year of the moving (hijra) of the Prophet -may peace and blessings of Allah be upon him- from Mecca to Medina, as the first year. Whereas the decision of establishment of the first month was taken from the opinion of Uthman Ibn Affan -may Allah be pleased with him-, who proposed to make the month Muharram as the first month in Islam, because such month is the beginning of year in the Arabic calendars before Islam.

Beside that, Muharram is one of the four holy months and the muslims would be just finishing their pilgrimage at that time. The establishment of Muharram as the first month of Hijra calendar was also based on the assumption that at such month, the Prophet -may peace and blessings of Allah be upon him- had not accomplished the hijra and he reached Medina before the next year Muharram. He started the hijra at the end of month Shafar, and he reached the gate of Medina on Monday, 8th Of Rabiul Awal, then he entered Medina on Friday, 12th of Rabiul Awal. The establishment of the beginning of Hijra calendar coincided the Friday, 16th of July, 622 AD.

(Taken from “Al-Mufasshal fi Raddi ‘ala Syubuhati A’da Al-Islam, 5:238)

From the origin of it’s naming, this calendar is well known by “qamaria/moon calendar”, because the principle or the basis of establishment of this calendar was the rotating cycle of the moon. This calendar is also named as Hijra calendar, due to the history of it’s establishment was related to the hijra of the Prophet -may peace and blessings of Allah be upon him- from Mecca to Medina.

(Source: Al-Habib)

Isnin, 7 Oktober 2013

Hari Raya Aidiladha jatuh pada 16 Oktober 2013

Oleh: Nooratini binti Haji Abas

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 5 Oktober. - Pengumuman mengenai hasil merukyah awal bulan Zulhijjah 1434 Hijriah dari tempat-tempat yang ditentukan di seluruh negara diumumkan secara langsung ke seluruh negara melalui Radio Televisyen Brunei.

Oleh itu, umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Hari Rabu, 10 Zulhijjah 1434 Hijriah bersamaan 16 Oktober 2013 Masihi berikutan anak bulan Zulhijjah 1434 Hijriah tidak sabit kelihatan setelah dilakukan rukyah lewat petang tadi.

Anak bulan Zulhijjah telah digenapkan menjadi 30 hari dan permulaan awal bulan Zulhijjah 1434 Hijriah telah jatuh pada Hari Isnin, 1 Zulhijjah 1434 Hijriah bersamaan 7 Oktober 2013 Masihi.

Sehubungan itu, Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha akan diadakan di seluruh masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat di semua daerah bermula pada jam 7.30 pagi dan mengerjakan ibadah qurban sejurus selepas Solat Sunat Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyriq 11, 12 dan 13 Zulhijjah 1434 Hijriah.
Sementara itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) juga mengadakan Majlis Keugamaan bagi Menunggu Hasil Merukyah Awal Bulan Zulhijjah 1434 Hijriah yang berlangsung di Dewan Teratai, Tingkat 5, kementerian berkenaan, di sini.

Hadir bagi menyerikan majlis tersebut, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an oleh Awang Md. Fikri bin Haji Metussin dan diikuti dengan persembahan Tausyeh yang dibawakan oleh Belia Masjid Kampung Sungai Hanching.

Doa Selamat pula dibacakan oleh Pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM), KHEU, Pengiran Haji Md. Salleh bin Pengiran Haji Zakaria.

Sementara itu azan Fardu Maghrib dikumandangkan oleh Pegawai dari JHEM, KHEU, Awang Haji Isa bin Haji Saban dan seterusnya Solat Fardu Maghrib Berjemaah diimamkan oleh Imam Masjid Mohamed Bolkiah Kampung Serusop, Awang Haji Muslim bin Haji Abdul Razak.

Juga hadir menyerikan majlis itu ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Setiausaha Tetap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap dan para jemputan khas serta Pegawai-Pegawai Kanan kementerian tersebut.

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman juga hadir pada majlis keugamaan bagi Menunggu Hasil Merukyah Awal Bulan Zulhijjah 1434 Hijiriah. (Foto: Ihsan Kementerian Hal Ehwal Ugama)
 
 
 - Pelita Brunei Online. Ahad, 6 Oktober 2013.


Sabtu, 7 September 2013

Masyarakat ISLAM di Menara BURJ KHALIFA Berbuka Puasa LEWAT - ULAMA


Burj Khalifah, Dubai

Bagi masyarakat Islam yang tinggal di menara tertinggi di dunia perlu menunggu lebih lama untuk waktu berbuka puasa pada bulan Ramadan yang mulia ini.

Mohammed al-Qubaisi, ulama Islam tersohor di Dubai berkata, bahawa penduduk Burj Khalifa yang tinggal dari aras 80 ke atas perlu menunggu dua minit tambahan untuk berbuka puasa dan sahur, manakala mereka yang tinggal dari aras 150 ke atas perlu menunggu tiga minit tambahan kerana mereka masih dapat melihat matahari yang terbenam lebih lama daripada masyarakat yang tinggal di bawah.

Menara yang mempunyai ketinggian 828m ini mempunyai 160 tingkat yang didiami.

Al-Qubaisi berkata perintah dan amalan serupa juga bagi umat Islam yang di dalam perjalanan di dalam kapal terbang, dan juga bagi masyarakat yang hidup di pergunungan di mana berbuka puasa mereka selepas mereka yang tinggal pada ketinggian yang lebih rendah.

- pulakdah.blogspot.com