BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mei – Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam maka Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Brunei memaklumkan bahawa ketetapan 1 Syaaban 1437H adalah pada hari Ahad 8 Mei 2016. Sehubungan itu Nisfu Syaaban bagi tahun 1437H adalah pada hari Sabtu 21 Mei 2016 dan ketetapan merukyah anak bulan Ramadhan 1437H akan dilakukan pada 29 Syaaban 1437H bersamaan 5 Jun 2016 di Menara DST, Bangunan Ibu Pejabat DST, Lebuh raya Tungku dan Bukit Agok, Jerudong di Daerah Brunei dan Muara; Bukit Ambok di Daerah Tutong dan Bukit Lumut di Daerah Belait.
- Media Permata. 18 Mei 2016.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan