TUNGKULINK, Ahad, 5 Jun. -
 Umat Islam di negara ini akan menyambut 1 Ramadan 1437 Hijrah pada hari
 Selasa sekali gus bermulanya menunaikan ibadah puasa pada tahun ini.
Anak bulan telah tidak sabit kelihatan 
daripada merukyah yang dilakukan di beberapa lokasi yang telah 
ditetapkan di negara ini pada lewat petang tadi.
Di Daerah Brunei dan Muara, merukyah 
anak bulan telah dikendalikan di Menara Bangunan Ibu Pejabat DST dan 
Bukit Agok sementara Bukit Ambok bagi Daerah Tutong dan Bukit Lumut di 
Daerah Belait.
Hadir di Menara DST ialah Pemangku Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gapar.
Berikutan anak bulan Ramadan tidak sabit
 kelihatan, maka bulan Syaaban digenapkan menjadi 30 hari dan sehubungan
 itu, Sembahyang Sunnat Terawih dan Majlis-Majlis Bertadarus akan 
dimulakan di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat di 
seluruh negara bermula esok malam.
Pengumuman mengenai hasil merukyah anak bulan Ramadan turut disiarkan ke seluruh negara melalui Radio dan Televisyen Brunei.
- Pelita Brunei Online. Isnin, 30 Sya'baan 1437H / 06

 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan