- Oleh: Siaran Akhbar Kementerian Hal Ehwal Ugama
- BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 7 Mac. - Gerhana menurut kitab 'Umdah al-Qari' Syarah Sahih Bukhari ialah suatu perubahan, suatu kejadian, suatu keagungan dan kebesaran Tuhan yang berlaku pada matahari serta bulan di mana kejadian ini adalah suatu perkara yang amat mudah bagi Allah 'Azza Wa Jalla melakukannya.Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Fushshilat, ayat 37, tafsirnya : "Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan juga kepada bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang menciptakannya jika benar kamu beribadat hanya kepada-Nya".Dengan kejadian gerhana matahari separa yang akan berlaku di negara ini pada pagi hari Rabu, 29 Jamadilawal 1437 Hijrah bersaman 9 Mac 2016 Masihi, Kementerian Hal Ehwal Ugama sukacita memaklumkan bahawa Sembahyang Sunat Gerhana Matahari akan diadakan secara berjemaah di masjid-masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara pada hari tersebut jam 8.30 pagi dengan tumpuan utama di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk sama-sama hadir ke masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat seluruh negara khasnya di masjid tumpuan utama pada hari Rabu, 29 Jamadilawal 1437H bersaman 9 Mac 2016M mulai jam 8.00 pagi dan seterusnya menunaikan Sembahyang Sunat Gerhana Matahari, iaitu sembahyang sunat muakkadah (sembahyang sunat yang dituntut) yang dikerjakan bila mana terjadinya fenomena gerhana matahari atau bulan.
- - Pelita Brunei Online. Selasa, 08 Mac 2016M.
- Nota Blogger: Gerhana matahari ini dijangka bermula pada kira-kira jam 7:30 pagi manakala gerhana penuh akan berlaku pada jam 8:37 pagi dan akan berakhir pada kira-kira jam 9:54 pagi.
Selasa, 8 Mac 2016
Sembahyang Sunat Gerhana Matahari, 9 Mac
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan