BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 21 Julai. -
 Jabatan Mahkamah Rayuan Syariah memaklumkan bahawa penglihatan anak 
bulan Syawal tahun 1435 Hijriah akan dilakukan di seluruh negara pada 
petang hari Ahad, 29 Ramadan 1435H bersamaan 27 Julai 2014 Masihi.
Hakim-Hakim Syar'ie dan pegawai-pegawai Mahkamah-Mahkamah Syairah, 
Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri bersama 
pegawai-pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama; Jabatan Ukur, 
Kementerian Pembangunan dan Jabatan Mufti Kerajaan akan berada di 
tempat-tempat yang ditetapkan untuk merukyah (melihat anak bulan Syawal 
1435H) di Menara DST, Bangunan Ibu Pejabat DST, Lebuhraya Tungku; Bukit 
Agok, Jerudong Daerah Brunei dan Muara; Bukit Lumut, Daerah Belait dan 
Bukit Ambok, Daerah Tutong.
Berikutan itu, pengumuman satu Syawal (awal Syawal bagi tahun 
1435H/2014M) akan disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei sebaik 
sahaja rukyah pada petang 29 Ramadan 1435H/27 Julai 2014M itu diperoleh 
pihak berkenaan.
Sehubungan itu, orang ramai diminta memberikan kerjasama supaya tidak mendekati tempat-tempat tersebut.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan