KUALA BELAIT, Ahad, 27 Julai. - Juru Ukur, Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan,
Muhd Hifney bin Haji Abd Rahman memberitahu anak bulan (Hilal) syawal
1435H sukar dilihat berdasarkan dari kiraan umur hilal saat terbenam
matahari, 11 jam 57 minit.
“Rekod
di Negara Brunei Darussalam, hilal yang pernah nampak, ketika kiraan
umur hilal 19 jam. Jika umur hilal kecil, bentuk hilal juga kecil dan
sukar untuk dilihat,” ungkap beliau.
Muhd
Hifney menambah waktu terbenam matahari di Daerah Belait pada jam 6.48
petang dan waktu melihat hilal cuma lebih kurang 10 minit dari waktu
tersebut. Menurut beliau kedudukan Hilal Syawal 1435H saat matahari
terbenam 01˚ 59’56” dan jarak lengkung 06 49͗ 59”.
Muhd Hifney menyatakan demikian semasa merukyah (melihat Hilal Syawal 1435H) di Bukit Lumut, di sini.
PEGAWAI Daerah Belait, Awang Haji Haris bin Othman ketika merukyah hilal Syawal 1435H.
(Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli)
(Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli)
Umur
hilal merupakan parameter yang biasa dijadikan dasar dalam
kriteria-kriteria kenampakan anak bulan. Lebih-lebih lagi nilai umur
hilal mudah diperolehi. Dalam beberapa kajian kuantiti umur bulan boleh
dijadikan sebagai jangkaan kasar dalam kenampakan terawal. Illyas (1994)
menpersetujui bahawa had minimum umur bulan untuk nampak ialah 16 jam
dan ia konsisten dengan kebanyakan rekod cerapan.
Hilal
dikatakan wujud apabila telah berlaku ijtimak sebelum matahari terbenam
dan bulan berada di atas ufuk selepas matahari terbenam.
Pada kelaziman di Negara Brunei Darussalam ketetapan penentuan Puasa dan Hari Raya berdasarkan kepada hasil penglihatan hilal yang berlandaskan hukum syarak.
Hadir merukyah
Hilal Syawal 1435H termasuk Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Haris bin
Othman, Ahli Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Mohd Yusof bin
Haji Dulamin, Ketua Kampung Mumong dan Pengarah Urusan Syarikat BLNG,
Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.
PEGAWAI Daerah Belait bersama mereka yang hadir sama-sama membaca wirid dan zikir.
(Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli)
(Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli)
Juga hadir pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan terdiri daripada Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, Hakim
Mahkamah Rendah Syariah Daerah Belait, Haji Kaharuddin bin Mohd Ali,
Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal
Ugama, Polis Diraja Brunei, Angkatan Tentera Darat Diraja Brunei
Batalion Ketiga dan pegawai-pegawai BLNG.
Sebelum
penglihatan hilal syawal, acara terlebih dahulu dimulakan dengan bacaan
wirid dan zikir diketuai oleh Pegawal Hal Ehwal Masjid, Daerah Belait, Ustaz Haji Haslan bin Haji Shahbuddin.
Acara diteruskan dengan taklimat ringkas berkaitan dengan kedudukan Hilal Syawal 1435H disampaikan oleh Muhd Hifney dan diikuti selepas itu pencerapan serta disusuli dengan Iftar dan Solat Maghrib Berjemaah.
- Pelita Brunei Online. Selasa, 29 Julai 2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan