BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 8 Julai.
 - Berikutan tersebarnya di media-media sosial dokumen berhubung dengan 
pengisytiharan penglihatan anak bulan pada 29 Syabaan 1435 Hijriah 
bersamaan 27 Jun 2014 Masihi. Pihak Mahkamah-Mahkamah Syariah telah 
menjalankan siasatan perkara tersebut.
Hasil siasatan dijalan mendapati bahawa dokumen tersebut bukanlah 
dokumen yang dikeluarkan atau disediakan oleh pihak Mahkamah-Mahkamah 
Syariah bagi tujuan pengisytiharan pengumuman penglihatan anak bulan 
Ramadan pada malam tersebut.
Dokumen tersebut adalah dokumen yang disediakan oleh satu kumpulan 
peserta kursus yang sedang menjalani kursus berkaitan falak yang 
dianjurkan oleh salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi di negara ini. 
Peserta kursus dikehendaki membuat tugasan dalam kursus berkenaan 
termasuk penyediaan dokumen tersebut.
Sehubungan dengan itu, pihak Mahkamah-Mahkamah Syariah menasihatkan 
orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang boleh 
mengelirukan orang ramai berhubung dengan isu-isu sedemikian.
Pihak Mahkamah-Mahkamah Syariah juga mengambil kesempatan untuk 
memberi nasihat kepada orang ramai berikutan tersebarnya maklumat itu  
di media-media sosialdan  perkara berhubung dengan aktiviti penglihatan 
anak bulan yang telah diubah suai bagi tujuan tidak senonoh dan jenaka, 
agar tidak melakukan dan meyebarkan perkara tersebut kerana perkara 
berhubung dengan penglihatan anak bulan adalah merupakan satu perkara 
ibadat. Perbuatan sedemikian boleh mencemarkan nama baik dan merendahkan
 ugama Islam.
Untuk makluman orang ramai perbuatan sedemikian boleh dikenakan 
hukuman di bawah Bab 220 Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah, 2013 
yang telah dikuatkuasakan pada 01 Mei 2014 baru-baru ini.
Dalam Bab 220,mana-mana orang yang dengan cara lisan, tulisan, 
pernyataan zahir atau sebarang cara menghina atau menyebarkan dipandang 
hina, mencerca, mempersenda, mengolok-olok, mengajuk atau mengejek -
(a) ajaran ugama Islam;
(b) amalan atau upacara yang berkaitan dengan ugama Islam;
(c) perkataan yang dianggap suci oleh orang Islam;
(d) mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berkaitan dengan ugama Islam;
(e) mana-mana sahabat;
(f) qaul-qaul mana-mana mazhab yang mu’tabar atau;
(g) mana-mana fatwa yang disiarkan dalam Warta Kerajaan; adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi BND12,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pihak Mahkamah-Mahkamah Syariah berharap orang ramai akan mengambil maklum dan perhatian berhubung perkara ini.
- Pelita Brunei Online. Rabu, 11 Ramadhan 1435H / 7 Julai 2014M. 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan