Rabu, 9 November 2011

Hari Raya Aidiladha pada 7 November 2011


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 27 Oktober. - Umat Islam di negara ini akan merayakan Hari Raya Aidiladha pada hari Isnin, 10 Zulhijah 1432H bersamaan 7 November 2011M.  
Pengumuman mengenainya telah disiarkan melalui radio dan televisyen malam ini.

Hasil merukyah awal bulan Zulhijah 1432H telah tidak sabit kelihatan maka bulan Zulkaedah telah digenapkan menjadi 30 hari dan awal bulan Zulhijah 1432H jatuh pada hari Sabtu, 1 Zulhijah 1432H bersamaan 29 Oktober 2011M.
 
Umat Islam yang berkemampuan di negara ini digalakkan untuk melakukan ibadah korban bermula selepas Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha hinggalah ke hari-hari tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijah.

Tempat-tempat yang telah ditentukan bagi melihat anak bulan tersebut ialah Bukit Shahbandar di Daerah Brunei Muara, Bukit Ambok dan Bukit Agok di Daerah Tutong dan Bukit Lumut di Daerah Belait.

Selasa, 8 November 2011

Kegiatan Ilmu Falak di Zaman Kerajaan Bani 'Abbasiyah (749 - 1258M)


Ilmu-ilmu yang dimiliki oleh kaum Muslimin terutamanya Ilmu Falak selepas zaman kewafatan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi wa Sallam khususnya di zaman Khulafa ur-Raasyidiin belum lengkap, maka mereka memulakan usaha menterjemah buku-buku dari bahasa asing (bukan Arab).  Usaha penterjemahan ini dimulakan sejak zaman Kerajaan Bani Umaiyah (661 - 750M).

Usaha penterjemahan ini digiatkan lagi semasa zaman Kerajaan Bani 'Abbasiyah yang digalakkan oleh khalifah-khalifah Bani 'Abbas.  Para khalifah Bani 'Abbas terutamanya Khalifah Abu Ja'far al-Mansur (754 - 775M) telah mendatangkan ahli-ahli penterjemah yang menterjemahkan kitab-kitab ilmu Falak dari Yunani (Greek), Persia dan India.

Di zaman pemerintahan Khalifah Abdullah al-Makmun (813 - 817M), kegiatan ini bertambah maju.  Baginda telah menghantar satu rombongan ahli penterjemah ke Rom iaitu terdiri dari Al-Bathriq, Salm (Pemimpin Baitul Hikmah, Baghdad), Al-Hajjaj bin Mathar dan Hunain bin Ishaaq.  Di sana, mereka telah memilih kitab-kitab yang belum pernah dimiliki oleh umat Islam dan dibawa balik ke Baghdad untuk diterjemahkan, diteliti, dikaji dan dibahas dengan lebih terperinci.

Belum sampai satu abad berdirinya pemerintahan Bani 'Abbasiyah, ulama-ulama Islam telah memiliki ilmu tersebut dan lahirlah ahli-ahli falak yang tidak kurang handalnya.  

Sesudah gerakan penterjemah barulah datang gerakan penyempurnaan, penyusunan dan penemuan sendiri berdasarkan ilmu-ilmu yang telah diterjemah.  Salah satu tokoh yang terkenal di dalam bidang ilmu falak ketika itu ialah Abu ar-Raihan Ahmad bin Muhammad al-Biruni (wafat pada tahun 430H) yang juga seorang ahli kaji bumi.

Ketika pemerintahan Kerajaan Fathimiyyah di Mesir, salah seorang tokoh yang terkenal di dalam ilmu falak ini dan juga ilmu alam ialah Ibnu Yunus.  Beliau dan beberapa ulama yang lain telah mengarang ratusan buah kitab di dalam bahasa Arab yang kemudiannya diterjemahkan oleh orang Eropah ke dalam bahasa mereka.  Orang Eropah yang pada waktu itu agak mundur di dalam ilmu berkenaan terpaksa mempelajari bahasa Arab supaya ilmu-ilmu yang didapati itu dapat diterjemah ke dalam bahasa mereka.

Ketika Kerajaan Umaiyah II di Andalus (Sepanyol), orang-orang Eropah dari Perancis, Itali, Jerman dan Inggeris datang ke kota-kota di negeri Andalus seperti Qurthubah (Cordova) bagi belajar ilmu-ilmu berkenaan.  Setelah mereka kembali ke negeri masing-masing, mereka mendirikan sekolah-sekolah bagi mengajarkan dan mengembangkan ilmu-ilmu berkenaan.

Jasa-jasa ahli falak Islam memang diperakui oleh orang-orang Barat sendiri.  Kesan ilmu itu sendiri dapat masih dapat dilihat walaupun mereka mengenalkan ilmu falak sebagai astronomi.  Banyak istilah-istilah dan nama-nama Arab digunapakai di dalam ilmu astronomi.

Sayangnya, kesemua kitab-kitab yang telah diperolehi semasa zaman 'Abbasiyah telah musnah dibakar dan dibuang ke dalam Sungai Furat ketika Tentera Monggol pimpinan Hulagu Khan telah menawan Baghdad dan membakar perpustakaan Baitul Hikmah, Baghdad.  Diceritakan juga, air Sungai Furat menjadi hitam akibat warna dakwat dari kitab-kitab yang dicampak ke dalam sungai.

Bulan dan Matahari mempunyai orbit tersendiri

Di dalam Surah Yaasiin (S36) dari ayat 38 hingga 40, Allah Subhanahu wa Taala berfirman yang mafhumnya:


"Dan matahari itu berjalan di tempat peredarannya.  Itulah ketentuan dari Yang Maha Perkasa dan Maha Mengetahui.  Dan telah Kami tetapkan bagi bulan; manzilah (tempat) perjalanan, sehingga (setelah dia sampai ke manzilah yang terakhir) kembalilah ia sebagai bentuk tandan yang tua.  Tidak mungkin matahari mendapatkan bulan dan malampun tidak dapat mendahului siang.  Dan masing-masing beredar pada garis edarnya."



UNISSA to have observatory

By Siti Hajar








As part of Universiti Sultan Sharif Ali's (UNISSA) academic growth in providing its students with broader knowledge, the Rector yesterday disclosed plans to have in place an infrastructure that will be used in the study of astronomy Syar'ie.

In an interview with the Bulletin yesterday, Dr Haji Serbini Haji Matahir revealed that the country "Inshya Allah will have its own observatory" with the consent of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.

"Among the Asean countries, Brunei is yet to have this (facility)."

Construction for the building to house the observatory has been set for 2013 and will take approximately 18 months to be completed.

The potential location, he added, would be in the vicinity of Universiti Brunei Darussalam atop one of the two hilly sites that have been preserved upon request by UNISSA.

Along with the envisioned observatory, UNISSA will also include an educational programme that will study the Islamic science of space and will be made as an optional subject for its students as a means to attract candidates for research.

Producing work based on findings, he added, "is important", as this will help in placing UNISSA on the world map and improve its international rankings towards, hopefully, being recognised as one of the top Islamic universities in the world.

- Borneo Bulletin. Friday. November 4th, 2011.