Jumaat, 26 Ogos 2022

Ahli Pengakap pelajari astronomi

August 27, 2022

Oleh Salawati Haji Yahya

TUTONG, 26 OGOS – Persatuan Pengakap Daerah Tutong dan Persatuan Astronomi Brunei Darussalam (PABD) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Tutong, baru-baru ini, telah mengadakan Malam Astronomi Persatuan Pengakap Daerah Tutong.

Diadakan di Pusat Belia, Jabatan Belia dan Sukan Tutong, acara itu telah dihadiri oleh ahli-ahli Pengakap Tunas Sekolah Chung Hwa Tutong dan Sekolah Chung Hwa Kiudang, Tutong serta ibu bapa mereka.

Antara tetamu khas yang hadir pada acara itu ialah Setiausaha Majlis Ugama Islam
Brunei, Haji Abdul Aziz bin Haji Akop selaku naib yang di-pertua PABD dan Ketua Cawangan JBS Tutong, Awang Kamil bin Lamat.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD), Awang Mohd Ariffin bin Abdul Hadi dan Pesuruhjaya Antarabangsa PPNBD, Haji Manan bin Haji Abdul Latif.

Pada acara itu, tetamu khas, para pengakap tunas dan ahli-ahli pengakap dari PPNBD mendengarkan penerangan mengenai astronomi dan membuat pencerapan astronomi untuk meneroka alam astronomi, Bima Sakti dan planet Musytari dan Zuhal.

Aktiviti pencerapan itu adalah dengan menggunakan alat-alat khas pencerapan seperti teleskop dan sebagainya.

Malam astronomi itu bertujuan untuk memperkenalkan alam astronomi seperti hal ehwal cakerawala dan bintang-bintang, selain untuk mengetahui dan mencerap lingkaran Bima Sakti seterusnya mendedahkan dan memperkenalkan instrumen-instrumen atau peralatan yang digunakan dalam pencerapan astronomi.

- Media Permata Online.

Rabu, 23 Mac 2022

Brunei to decide first day of Ramadhan next Friday

 March 23, 2022

Azlan Othman

Brunei Darussalam will sight the new moon of Ramadhan for 1443 Hijrah next Friday to determine the first day of fasting, according to the Syariah Court of Appeal yesterday.

The moon sighting will be conducted by Syariah Court judges and Syariah Court officials as well as officials from the Survey Department at the Pantai Jerudong Specialist Centre, Bukit Agok in Jerudong and Tanjung Batu in Pekan Muara in Brunei-Muara District; Bukit Ambog in Tutong District; and Bukit Lumut in Belait District.

Syariah Court of Appeal officials seek cooperation from the public not to be near the area.

Announcement for the first day of Ramadhan will be broadcast on Radio Television Brunei as soon as the moon sighting result is available.

- Borneo Bulletin Online

Rukyah anak bulan Ramadan 1 April

 March 23, 2022

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MAC – Negara Brunei Darussalam akan merukyah anak bulan Ramadan bagi tahun 1443 Hijrah di seluruh negara pada petang hari Jumaat, 29 Syaaban bersamaan 1 April 2022.

Sehubungan dengan itu, hakim-hakim syarie dan pegawai-pegawai mahkamah-mahkamah syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri bersama pegawai-pegawai dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan akan berada di tempat-tempat yang telah ditetapkan.

Kawasan yang ditetapkan adalah Bangunan Pusat Pakar Pantai Jerudong (PJSC); Bukit Agok, Jerudong; Tanjung Batu, Kampung Sabun; Bukit Ambok, Daerah Tutong dan Bukit Lumut, Daerah Belait.

Pengumuman 1 Ramadan akan disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei (RTB) sebaik-baik sahaja rukyah pada petang hari berkenaan diperoleh melalui pemakluman yang dilakukan melalui siaran RTB.

Dengan itu, sepanjang penglihatan anak bulan itu, orang ramai dinasihatkan memberikan kerjasama supaya tidak mendekati kawasan-kawasan yang telah dimaklumkan.

- Media Permata Online.

Selasa, 22 Februari 2022

DOA MELIHAT BULAN (Terjemahan)

"Ya Allah! Semoga timbulnya bulan ini membawa suasana aman dan damai, keimanan, keselamatan, keIslaman, ketenangan, kewarasan, kehidupan yang baik dan mendapat taufikMu sebagaimana Engkau sukai. Wahai bulan! Tuhan kami dan Tuhanmu adalah Allah."

Sabtu, 1 Januari 2022

DOA KETIKA MATAHARI TERBIT (Terjemahan)

Ya Allah, Ya Tuhan kami! Berkat rahmatMu kunikmati waktu pagi dan berkat rahmatMu juga akan kunikmati waktu petang nanti. Hanya untukMu aku hidup dan mati dan kepadaMu semua makhluk akan kembali.