Oleh Hazarry bin Haji Ali Ahmad
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mac – Penduduk di negara ini akan berpeluang
menyaksikan fenomena astronomi yang jarang berlaku apabila bulan
melintasi di hadapan Matahari pada pagi 9 Mac ini.
Kejadian gerhana matahari separa dijangka akan bermula pukul 8.30
pagi dan dijangka berakhir pada 9:54 pagi waktu tempatan. Pada jam 8:37
pagi, fasa maksimum akan berlaku dengan kira-kira 77 peratus daripada
Matahari akan ditutupi oleh Bulan.
Jika langit tidak berawan, peristiwa cakerawala selama dua jam dan 24
minit ini akan boleh kelihatan dari mana-mana kawasan di Brunei. Namun
orang ramai yang ingin mencerap gerhana akan memerlukan ufuk Timur yang
tidak terhalang seperti bebas daripada pokok-pokok atau bangunan.
Orang ramai juga diberi amaran supaya tidak melihat secara langsung
pada matahari tanpa menggunakan penapis suria yang selamat atau kaca
mata pelindung gerhana.
Ramalan merupakan hasil kajian penulis sendiri bersumberkan laman
sesawang dan perisian astronomi. Gerhana matahari seterusnya dijangka
berlaku di negara ini pada 26 Disember 2019.
- Media Permata. Sabtu, 5 Mac 2016.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan