BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Dis - Orang ramai di negara ini berpeluang menyaksikan  kejadian gerhana penuh pada Sabtu ini, 15 Muharam 1433H bersamaan 10 Disember  2011, apabila bulan melintasi belakang bumi di mana bumi menghalang cahaya  matahari daripada menyinari bulan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama di sini  hari ini, kejadian gerhana itu akan berlaku selama 6 jam 4 minit manakala  kemuncaknya ialah selama 52 minit.
Waktu gerhana terjadi pada jam 7.34 malam (bermula penumbra), 10.19 malam  (bermula umbra), 10.11 malam (kemuncak), 11.00 malam (berakhir umbra) dan 1.30  pagi (berakhir penumbra).
Sehubungan itu, sembahyang sunat gerhana bulan akan diadakan pada hari Sabtu  ini selepas solat fardhu Isyak berjemaah di masjid-masjid, surau dan balai  ibadat seluruh negara. Orang ramai dialu-alukan untuk sama-sama menunaikan  sembahyang sunat gerhana bulan tersebut di masjid, surau dan balai ibadat  berhampiran.
-Media Permata. Jumaat, 09 Disember 2011.
