Selasa, 26 April 2016

Bulan Mengelilingi Ka'abah

Baru-baru ini sebuah pesanan ringkas yang disebarkan melalui salah satu lelaman jaringan sosial menceritakan tentang tajuk peristiwa di atas. Pesanan ringkas itu adalah seperti berikut:

"Malam ini jam 3.25am waktu Mecca, bulan akan mengelilingi (Tawaaf) Kaaba, ini terjadi dalam 100,000 tahun sekali. Sky will be light blue, this ia a moment of acceptance and this moment comes after every 100 thousand years, you can ask Allah what ever you want to ask. Pls send this message to your love and friend. Rebut peluang yg datang sekali dlm 100,000 tahun,  mmg kita umat terpilih untuk berdoa pd waktu yg amat mustajab,

Rujuk video http://youtu.be/hDDODs95xj0 powerful emotional Doa / mufti Ismail Menk

Waktu Mecca waktu Tahajud & waktu Malaysia esok jam 8.25 pagi waktu Dhu’ah.

Marilah kita rebut peluang keemasan ini bertahajud malam ini dan bersolat duh’ah esok meminta perkara positive didunia & akhirat utk kita & keluarga kita serta sahabat2 kita,..  Wuhallah’ualam"

Oleh sebab ia mungkin sahaja rumor kerana berita yang sama pernah disebarkan sekitar tahun 2011 maka blog ini telah mengemukakan beberapa fakta tentang kebenaran dan kepalsuan berita berkenaan.

  1. Jika peristiwa ini berlaku di zaman Rasulullah SAW, peristiwa itu adalah benar namun tiada peristiwa berkenaan berlaku di zaman baginda mahupun di zaman moden ini. Peristiwa yang pernah berlaku yang melibatkan bulan ialah ketika baginda menunjukkan mukjizat baginda dengan membelah bulan yang disaksikan oleh Kafir Quraisy / Musyrikin Makkah.
  2. Tempoh berlakunya peristiwa ini ialah 100,000 tahun sekali. Siapakah manusia yang hidup pada 100,000 tahun sebelum ini yang memberitahu tentang peristiwa berkenaan pada tahun ini?
  3. Siapakah yang memberitahu bahawa ketika bulan bertawaf mengelilingi kaabah, doa akan dimakbulkan? Ulama-ulama dan ahli-ahli sufi yang mu'tabar pun tidak akan pernah mengeluarkan pendapat sedemikian.
  4. Pada tahun 2015 ini, bulan akan berada dekat dengan bumi pada Hari Isnin, 28 September, 2015.
  5. Mesej di atas menyebutkan "waktu Malaysia" ertinya ianya berasal dari Malaysia.
  6. Blogger Astronomi Islam Brunei cuba melayari laman web Youtube yang diberikan tetapi gagal sebaliknya Blogger mendapati doa Mufti Ismail Menk ada di link ini https://www.youtube.com/watch?v=hDDODs95Xj0 yang mana doa yang dibacakan itu khusus untuk malam-malam bulan Ramadhan dan lebih khusus lagi di sepuluh malam terakhir.