Selasa, 30 Julai 2013

Penentuan Awal Syawwal 1434H

Ijtima' / Iqtiran (Moon Conjuntion)  Insya-Allah akan berlaku pada hari Rabu, 29 Ramadhan 1434H bersamaan 7 Ogos 2013 pada jam 5:51 pagi. Merukyah bagi penentuan awal Syawwal 1434H  akan berlaku pada petang hari berkenaan. Umur hilal (anak bulan) pada waktu tenggelam matahari ialah 12 jam 45 minit dan hilal akan tenggelam 10 minit selepas matahari tenggelam. Hilal hanya berada di atas ufuk selama 10 minit sahaja selepas matahari tenggelam. Kejelasan hilal juga hanya 0.3%. Dalam keadaan fizikal sedemikian maka hilal Syawwal sukar untuk dilihat.

Oleh itu, awal Syawwal 1434H di Negara Brunei Darussalam berkemungkinan akan jatuh pada hari Juma'at, 9 Ogos 2013M setelah menggenapkan Ramadhan 1434H menjadi 30 hari. Manakala Malaysia akan menyambut awal Syawwal 1434 pada hari Khamis, 8 Ogos 2013M berdasarkan syarat MABIMS: hilal berumur tidak kurang 8 jam ketika matahari tenggelam.



Wallaahu A'lam.